SEMINAR 2026 STRATEGIC PLANNING FOR SME BUSINESS

SEMINAR 2026 STRATEGIC PLANNING FOR SME BUSINESS

GOT 7 (7 GAYA OPERASI TUNAI)


Tunai merupakan elemen terpenting di dalam operasi sesebuah perniagaan. Tanpa jumlah tunai yang mencukupi, permulaan sesebuah perniagaan akan terbantut dan pelan pembangunannya akan terencat.


Tanpa aliran tunai yang lancar pula, operasi bisnes akan terganggu dan memberi impak buruk kepada pembangunan sesebuah perniagaan itu.


Kepentingan pengurusan tunai yang efektif tersangat penting dan kritikal untuk sesebuah perniagaan. Namun tidak ramai usahawan yang menguasai pengetahuan dan ilmu pengurusan tunai bisnes ini.


Malah ada sesetengah usahawan yang memandang ringan akan kepentingan memiliki skil, ilmu dan pengetahuan pengurusan tunai bisnes yang efektif.


Maka tidak hairan lah kita dapati terlalu ramai usahawan yang gagal membangunkan perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi dan ada yang tersangkut terus terkubur dipertengahan jalan.


Di atas kesedaran ini, kami merancang untuk menganjurkan sebuah seminar perkongsian ilmu pengurusan tunai bisnes yang diberi nama GOT 7. Ia adalah singkatan nama kepada 7 GAYA OPERASI TUNAI.


GOT 7 ini dirangka untuk mencapai objektif-objektif berikut:

  1. Menjawab segala kekeliruan di kalangan peserta tentang pengurusan baki tunai dan aliran tunai bisnes.
  2. Peserta mempunyai kefahaman bagaimana untuk memastikan aliran tunai bisnes sentiasa lancar dan tidak menganggu perjalanan operasi dan pelan pembangunan bisnes mereka.
  3. Menjawab persoalan berikut: “Apakah peranan CASH RESERVE di dalam pengurusan bisnes dan apakah ia satu kewajipan untuk mempunyai baki tunai yang banyak pada sesuatu masa?”
  4. Para peserta akan diberi TEMPLATE EXCEL Perancangan dan Pengurusan 12 Bulan Aliran Tunai Bisnes.


Berikut adalah secara ringkasnya isi kandungan seminar GOT 7 ini.

 

1. 5 Salah Faham Terhadap Baki Tunai & Aliran Tunai Bisnes

 

  1. Jumlah Jualan adalah Jumlah Tunai Diterima
  2. Jumlah Keuntungan adalah Baki Lebihan Tunai
  3. Jumlah Perbelanjaan Operasi adalah Jumlah Duit Keluar
  4. Jumlah Perbelanjaan Pemasaran adalah satu perbelanjaan hangus
  5. Aliran Tunai dari aktiviti-aktiviti Operasi tidak diasingkan dari Aliran Tunai dari aktiviti-aktiviti Pembiayaan dan Aliran Tunai dari aktiviti-aktiti Pelaburan.

 

2. 7 Kaedah Pengurusan Tunai Efektif

 

  1. Terma Urusan Tunai Di Fasa Pembangunan Bisnes
  2. Kitaran Aliran Tunai Di Dalam Operasi Perniagaan 
  3. Pengurusan Kebocoran dan Pembaziran Tunai Keluar
  4. Penyimpanan Rekod Dan Dokumen Penjualan
  5. Penyimpanan Rekod Dan Dokumen Pembelian
  6. Penyimpanan Rekod Dan Dokumen Perbelanjaan
  7. Laporan Dan Pemyata Aliran Tunai

 

3. Perancangan Dan Pemantauan Aliran Tunai Bisnes


Setiap bisnes harus mempunyai perancangan aktiviti-aktiviti operasi, pembiayaan dan pelaburan untuk mengoptimakan penggunaan tunai di dalam perniagaan.


12 bulan perancangan aliran tunai perlu dikategorikan kepada 3 kumpulan aktiviti-aktiviti operasi, pembiayaan dan pelaburan. Dan seterusnya pemantauan secara bulanan (minima) perlu dimasukkan ke dalam tatacara pengurusan operasi dan kewangan bisnes.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Seminar GOT7 - 7 GAYA OPERASI TUNAI (SIDANG Sahaja)
55
JUMLAH
Jumlah Keseluruhan Sebelum Penggenapan
Pelarasan Penggenapan
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

Log Masuk atau


Maklumat Peniaga

SOF Academy
silibus.bysaharsahad@gmail.com