SEMINAR KAEDAH PENETAPAN HARGA & PENSTRUKTURAN KOS (KITAB)
Seminar #kitab: Kaedah Penetapan Harga Dan Penstrukturan Kos adalah sebuah program seminar intensif memfokus kepada ilmu teknikal bisnes berkaitan asas-asas penetapan harga, pengurusan kos dan pembangunan bisnes.
Seminar ini dijalankan di dalam mode SYARAHAN (“LECTURE”) berdurasi selama 8 jam (8.30 pagi - 5.30 pagi) yang dibahagikan kepada 4 slot.
TEMPAT ADALAH TERHAD KEPADA 100 ORANG PESERTA SAHAJA.
Bahasa Malaysia digunakan sebagai bahasa pengantar.
TENAGA PENGAJAR - Tuan Sahar Sahad.
https://www.facebook.com/sahar.sahad/
A. KUMPULAN SASARAN
Program Seminar #kitab: Kaedah Penetapan Harga Dan Penstrukturan Kos ini tersangat bersesuaian untuk:
- Individu yang merancang untuk memulakan perniagaan dan ingin mendalami perkara-perkara asas berkaitan dengan formula dan strategi penetapan harga produk/ servis;
- Usahawan yang sedang menghadapi dilema di dalam meletakkan harga produk atau servis untuk bersaing di dalam pasaran;
- Usahawan yang telah lama berbisnes tetapi masih ragu-ragu di dalam pengiraan kos dan penetapan harga produk atau servis;
- Usahawan yang mempunyai perancangan untuk mengukuhkan lagi kedudukan dan penguasaan pasaran melalui strategi harga.
- Usahawan yang sedang berhadapan dengan penjanaan pendapatan dan hasil jualan kemelut yang tidak teratur dan stabil;
- Usahawan yang ingin mendapatkan strategi-strategi harga dan pelan tindakan yang boleh dipraktiskan;
- Usahawan yang merancang untuk mempunyai sebuah sistem pengawasan dan pemantauan kos langsung dan perbelanjaan operasi bisnes yang berkesan;
- Usahawan yang ingin membangunkan sebuah sistem pengurusan penjanaan pendapatan dan jualan yang teratur dan bersistem;
- Usahawan yang ingin mendalami ilmu asas perakaunan, perancangan, pemantauan jualan dan keuntungan bisnes;
- Pengurus dan eksekutif akaun yang bertanggungjawab menguruskan pemantaun bajet kewangan dan unjuran jualan dan keuntungan di dalam organisasi perniagaan.
B. OBJEKTIF
Objektif-objektif program Seminar #kitab: Kaedah Penetapan Harga Dan Penstrukturan Kos adalah:
- Para peserta akan lebih jelas tentang struktur dan jenis-jenis kos yang terlibat di dalam pengiraan kos produk;
- Para peserta akan lebih memahami tentang ‘price positioning’ di dalam pasaran;
- Para peserta tidak mengulangi kesilapan terikut-ikut tindakan pesaing ‘membuang harga’;
- Para peserta mampu untuk menyusun strategi di dalam menetapkan harga produk atau servis untuk bersaing di dalam pasaran.
- Para peserta dapat menguasai pemahaman asas penjanaan pendapatan dan jualan bisnes;
- Para peserta dapat menguasai pemahaman hubung-kait di antara Jualan, Kos Jualan dan Keuntungan Kasar bisnes;
- Para peserta mendapat kefahaman asas tentang belanja-belanja bisnes di dalam 4 kumpulan perbelanjaan bisnes; Perbelanjaan Operasi, Perbelanjaan Pengurusan dan Pentadbiran, Perbelanjaan Pemasaran dan Perbelanjaan Kewangan;
- Para peserta dapat membuat perancangan seterusnya mengambil tindakan untuk mengurangkan pembaziran kos langsung dan kebocoran perbelanjaan di dalam perjalanan bisnes masing-masing;
- Para peserta mendapat kefahaman penuh tentang 4 strategi pengembangan bisnes yang harus dilaksanakan di setiap fasa pembangunan bisnes;
- Para peserta akan lebih yakin untuk membuat keputusan-keputusan penting dan kritikal di dalam pengurusan kewangan bisnes.
C. ATURCARA
Aturcara program Seminar #kitab: Kaedah Penetapan Harga Dan Penstrukturan Kos adalah seperti berikut:
- 08.00 am – 08.30 am: Pendaftaran
- 08.30 am – 09.00 am: Sesi Suaikenal & Networking
- 09.00 am – 10.00 am: SLOT 1
- 10.00 am – 10.30 am: Makan dan Minuman Ringan Pagi
- 10.00 am – 12.30 pm: SLOT 2
- 12.30 am – 02.00 pm: Makan Tengahari, Rehat & Solat Dzohor
- 02.00 pm – 03.30 pm: SLOT 3
- 03.30 pm – 04.00 pm: Makan dan Minuman Ringan Petang
- 04.00 pm – 05.30 pm: SLOT 4
- 05.30 pm: TAMAT
D. KANDUNGAN PROGRAM
Kandungan program Seminar #kitab: Kaedah Penetapan Harga Dan Penstrukturan Kos ini terbahagi kepada 4 slot seperti berikut:
i. SLOT 1:
- Kepentingan dan objektif harga.
- Kepentingan “price positioning”.
- Formula-formula pengiraan harga,
ii. SLOT 2:
- Langkah-langkah di dalam proses menetapkan harga.
- Strategi-strategi harga yang boleh diaplikasikan di dalam bisnes IKS untuk menghadapi persaingan di dalam pasaran.
iii. SLOT 3:
- Pengenalan matlamat kewangan bisnes di setiap fasa kitaran bisnes.
- Pengenalan struktur kos bisnes.
- Pengenalan format asas Penyata Kewangan Untung & Rugi.
iv. SLOT 4:
- Penerangan formula jualan.
- Penetapan kadar keuntungan bisnes.
- Penetapan peratusan kos langsung, belanja operasi, belanja pentadbiran dan pengurusan, belanja pemasaran dan belanja kewangan.
E. TARIKH & LOKASI
- Seminar intensif ini akan diadakan pada 25 JUN 2025 bertempat di BILIK MELUR, BANGI RESORT HOTEL (Off, Persiaran Bandar, Bangi Golf Club, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor).
- Pendaftaran peserta bermula pada pukul 8.00 pagi. Program bermula tepat pada pukul 9.00 pagi.
- Program berakhir pada pukul 5.30 petang.
F. YURAN
- Yuran yang dikenakan adalah sebanyak RM288/ pax.
- Yuran tertera TIDAK TERMASUK kos perjalanan untuk tiba ke lokasi yang perlu ditanggung oleh peserta program sendiri.
- Yuran tertera TIDAK TERMASUK kos dan perbelanjaan penginapan yang perlu ditanggung oleh peserta program sendiri.
- Yuran tertera tidak termasuk belanja SARAPAN PAGI yang TIDAK DISEDIAKAN oleh pihak penganjur di sepanjang program ini.
- Yuran TIDAK akan dipulangkan sebahagian atau sepenuhnya jika peserta gagal hadir semasa waktu pendaftaran pada hari program. Tiada tuntutan untuk program gantian akan dilayan.
- Yuran TIDAK akan dipulangkan sebahagian atau sepenuhnya jika peserta membuat pilihan untuk tidak menghabiskan program 1 hari ini. Tiada tuntutan untuk program gantian akan dilayan.
- Yuran TIDAK akan dipulangkan sebahagian atau sepenuhnya jika peserta gagal hadir langsung ke program 1 hari ini. Tiada sebarang alasan atau sebab tidak hadir akan diterima. Tiada tuntutan untuk program gantian akan dilayan.
G. PENGINAPAN
Penginapan TIDAK DISEDIAKAN oleh pihak penganjur. Urusan penginapan dan kos perjalanan perlu diuruskan dan ditanggung sendiri oleh setiap peserta.
H. LAIN-LAIN
- Kedudukan kerusi para peserta ditetapkan berdasarkan kepada siapa cepat dia yang dapat (“first come first serve basis”).
- Setiap peserta akan diberikan sebuah BUKU KERJA (“Workbook”).
- Pen dan alatulis tidak disediakan.